s!mple
This is me!.

Assalammualaikkum, ^^
you have stuck to my blog. Be nice here, okay :)
Navigations

Follow me? Stories Meet The Boss Tagboard


Time Machine


Credits

DO NOT REMOVE THE CREDITS OR I WILL MAKE U SHAME!.
Skin by Cikin
Edit by Ain
Cute header by Kemetot Chomel
Blog owner: ur name :)
Aku yakin aku boleh!
Friday, November 09, 2012 | 10:44 PM | 0 comments
Assalamualaikum! Sejuk je  hari ini kan, tiada matahari, tiada hujan lebat, ianya damai sekali nampaknya. Hamboi, bermadah pujangga nampak? Puihhhh saja tunjuk bakat yang terpendam! hahahaha :D
Hari Rabu dan Khamis yang lalu aku telah menghadiri satu kem di Parit Penghulu, Melaka. Mulanya aku taknak pergi atas faktor kesihatan tapi disebabkan member2 aku dah ugut, aku pun terpaksalah pergi ke kem tersebut. Shuuu, jangan bagitau diorang tau? hahaha. Takdelah, sebenarnya salah satu sebab aku taknak pergi sebabnya aku rasa kem tu macam bosan! Errrr tapi nampaknya meleset gila tanggapan aku! It's fun! Rugi siapa tak pergi. hohhoo

Actually, sejak beberapa hari ni, pening kepala aku tak pernah nak susut. Pening kepala je memanjang pastu kejap demam kejap tak. Aku taktau lah kenapa ngan badan aku yang cantik molek ni. Hahahaa. Nak dijadikkan cerita, masa aku pergi kem ni pun aku masih pening pale. Adoyaiii, memang terasa malas sangat nak pergi. Okay, berbalik kepada cerita tadi, sampai je kat kem tu, kitorang berkenalan dengan faci2 yang terlibat. Malangnya, semua tak hensem! Atoyaii, tak boleh lew nak cuci mata. Hahahaha. Ada Abang Bai, Coach and Kak Mira. 

Ada beberapa aktiviti kat sana yang aku taknak buat lagi. Iaitu night walk and pungut getah sekerap. Errr, night walk tu bukan apa, takut siot masuk dalam hutan tu, dah la gelap pastu siap ada hantu lagi tu. Aku paling terkejut masa ada satu lembaga sergah dari belakang pokok. Memang aku terjerit habis ah. Seram gila kot. Sampai aku bagi password yang salah. Sepatutnya 'terang bulan' tapi aku tersebut 'terang malam'. Haihhh memang takut habis wa cakap lu. Seriously aku memang nak keluar cepat2 dari hutan tu. Ishh, memang tu yang last ah aku buat. Okay, pasal pungut getah tu pun aku taknak buat lagi. Aku ni bukannya jenis budak gedik tapi memang aku geli gila nak pungut getah tu. Bau dia takpayah cakap lah, memang bacin nak mampus! Aku dah la pening pale, bau lagi benda tu. Memang time tu aku dah nak muntah dah. Nasib baiklah ketua kumpulan aku ada tolong pungutkan satu untuk aku. Thanks ketua! Hohoho.

Tapi aktiviti yang menarik prhatian aku ialah Sungai Asid, penuhkan air dalam tiub berlubang, angkat baldi berlubang and pegang belut. Best gila lah! Kitorang kalah masa nak penuhkan air dalam tiub berlubang. Dendanya kitorang kena guling atas tanah. Pehhh best gila lah. Masa nilah rasa kegelian aku kat lumpur hilang serta merta! Memang aku main guling je atas tanah tu, macam guling atas carpet! hahaha. Rugi sape tak cuba. Okay  game angkat baldi berlubang tu yang paling susah. Memang penat gila. Caranya setiap seorang kena pegang hujung tali, tak boleh pegang tengah tali, tak boleh sentuh baldi, masa lari tak boleh kendur tali and baldi tak boleh bersentuh dengan tong sampah yang kitorang kena penuhkan. Haihh banyak gila syaratnya. Kalau langgar je syarat2 ni, air dalam tong sampah tu akan dibuang walaupun dah hampir penuh. Nak dijadikkan cerita, masa last2 minute air dalam tong sampah tu nak penuh, aku terlepaskan tali! Entah macamana aku boleh terlepas tali tu!  Peh dalam otak aku memang aku fikir  akan kena punyalah dengan abang bai tu. Memang aku dah takut gila kena marah and air dalam tong sampah tu akan dibuang semula. Ishhh macam2 aku pikir.. Tapi, ajaibnya abang bai tak marah and air dalam baldi tu tak dibuang! Alhamdulillah! Syukur sesangat! Terlepas dari seksa! hahahahaha. Abang bai cakap, walaupun ada terlepas tali,  dia taknak buang air tu sebab teamwork group aku cukup membanggakan. Haihhh untung aku dapat group ni, memang best gila! 


Banyak pengajaran yang aku dapat dari kem ni. Insyaallah aku akan praktikkan di rumah cuti ni, okaylah, sampai disini saje nampaknya, penat dohh nak menulis. ehhh? salah salah! Menaipppp... hahaha :D 

Babai, Assalamualaikum!


Old things | New things